About NM. Amalina

A Social Enterprise Entrepreneur and sometimes A Heart Breaker 💔🔨

my vision and missions towards 2030

VISION

 

Membudayakan pengamalan bisnes berlandaskan Islam ke dalam kehidupan seharian dengan menghubungkan pembangunan diri  merangkumi 11 aspek yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Nusantara menjelang 2030.

 

MISSIONS

SEBAGAI HAMBA

  • Menemui atau dipertemu (was meant for) dengan manusia-manusia kuat yang mempunyai cerminan visi yang serupa
  • Menyuntik dan menanam (inject and implant) kesedaran akan peri pentingnya EKONOMI ummah dalam mempersiapkan kebangkitan Islam kali kedua
  • Menyokong daya gerak dengan pembebasan diri daripada segala penyakit hati, karat dosa, berhala dunia, kotoran syirik, dan syaitan mengalir dalam darah melalui pentarbiyyahan berterusan oleh guru yang mursyid
  • Meyakini dan mempercayai The Purpose of Life dengan mengakses tujuan penciptaan dan tujuan kehidupan
  • Memaknai tujuan kehidupan dengan sebenar-benarnya (Serving is Living)
  • Menanam sudut pandang yang bersifat global dan jauh dengan memperlihat keseluruhan wawasan dalam skala besar (long-sighted), lalu merasa kerdil dan menyedari hakikat insan hanyalah sebagai HAMBA yang rela memperjalankan setiap agenda dan kehendak Tuhannya. (to the knee)

SEBAGAI KEKASIH

  • Mengangkat peranan diri dan memaknakannya dengan pemanfaatan kepada orang sekeliling melalui kesimbangan kehidupan (feel it).
  • Melaksanakan keseimbangan kehidupan dengan IKHLAS bersama kejelasan wawasan
  • Meyakinkan tahapan penguasaan dengan penyuluhan potensi diri
  • Menggerakkan peranan dan tugasan sebagai KHALIFAH bersama kesedaran, keyakinan, dan kebenaran

SEBAGAI KHALIFAH

  • Mematikan rasa ingin memiliki dan kepentingan diri, lalu yang berbaki hanyalah mahu memberi dan berbakti
  • Melindungi amanah organisasi dengan pengawalan sistem kewangan yang ketat
  • Menstruktur semula sistem pengurusan organisasi agar tidak berlaku penindasan dan kezaliman
  • Meneguhkan profil dan kedudukan organisasi dengan pembawaan imej korporat yang berprestij
  • Mengurus atur organisasi dengan perincian sistem dan dokumentasi yang berkesan
  • Mengumpulkan pejuang-pejuang ekonomi dalam menyeimbangi perberian manfaat terhadap ummah
  • Membangkitkan budaya jemaah dengan menghimpunkan segala kepakaran dalam satu rumpun agar ketertinggian ilmu dan sunnah perniagaan dapat diangkat semula
  • Meluaskan fahaman dan makna pensyarikatan korporat berlandaskan syariah dengan sebenar-benarnya
  • Mendekatkan terma “berniaga” atau “bisnes” dalam kalangan bangsa Melayu khasnya agar ianya tidak lagi janggal dan dijadikan pilihan utama kerjaya generasi akan datang
  • Mengembalikan semula kegemilangan The Golden Chersonese pada satu ketika dahulu yang majoritas aktiviti masyarakatnya tertumpu kepada perniagaan dan perdagangan
  • Mewariskan harta kekayaan kepada generasi emas agar perjuangan di jalan Allah (fisabilillah) dapat diteruskan tanpa sebarang kekangan buat selama-lamanya

 

together we unite

Cara berniaga melambangkan cara kehidupan seseorang. Maka, adalah menjadi keperluan untuk memperbetulkan cara berniaga demi memperbetulkan cara kehidupan individu kerana dunia telah menyaksikan karakter-karakter hebat pernah lahir daripada penerapan ilmu niaga berlandaskan Islam di medan perniagaan biarpun bermula dari sang pengembala kambing.

 Di sini kami bergabung membentuk kekuatan bersama, memberi apa yang kami ada, dan menyumbang semula kepada komuniti.

malaysiaku

Klik dan sertai kami mengikut lokasi anda. Jadi sebahagian daripada kami untuk kami bantu anda membangunkan syarikat anda, menjadi sebuah syarikat korporat yang professional mengikut bidang perniagaan anda.

Selangor

  • SEL1801 Sdn Bhd
  • SEL2001 Sdn Bhd
  • 1 kekosongan

Kuala Lumpur

  • KL1901 Sdn Bhd
  • KL1902 Sdn Bhd
  • 1 kekosongan

putrajaya

  • PU2001 Sdn Bhd
  • PU2002 Sdn Bhd
  • 1 kekosongan

perlis

  • 3 kekosongan

Kedah

  • KED2001 Sdn Bhd
  • 2 kekosongan

perak

  • 3 kekosongan

pulau pinang

  • PEN2001 Sdn Bhd
  • 2 kekosongan

sabah

  • SAB2001 Sdn Bhd
  • 2 kekosongan

sarawak

  • 3 kekosongan

johor

  • 3 kekosongan

melaka

  • MEL2001 Sdn Bhd
  • 2 kekosongan

negeri sembilan

  • 3 kekosongan

pahang

  • 3 kekosongan

kelantan

  • 3 kekosongan

terengganu

  • TER2001 Sdn Bhd
  • 2 kekosongan

get in touch yo!

You know what, at some point long after your life is over, the last living person that ever knew or met you will die, and there will be no one left alive who has a real memory of you. You will be a stranger to the entire human race.

Hence we are all strangers in this world, for we will all go one day to our permanent abode in the Hereafter.

Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings to the strangers. (Muslim)

Live in this world as though you are a stranger or a wayfarer. (Al-Bukhari)

contact me

You can always send me an email or WhatsApp me through the information below:

Phone

(+60) 12 – 295 8316

Email

amalyyna@gmail.com

Open chat
Powered by